Permohonan penempatan Pegawai Perubatan Gred UD41, Pegawai Pergigian Gred UG41 dan Pegawai Farmasi Gred UF41 lantikan baru di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini dilaksanakan secara atas talian menggunakan sistem seperti di bawah. Calon yang telah berjaya temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sahaja boleh membuat permohonan penempatan melalui sistem ini pada tempoh yang ditetapkan. Pilihan penempatan di dalam Borang Maklumat Diri (BMD) tidak lagi terpakai dalam urusan penempatan dan permohonan penempatan melalui sistem ini adalah tertakluk kepada kekosongan dan berdasarkan prinsip “first come first serve”. Maklumat lanjut berkaitan permohonan penempatan boleh dirujuk melalui pautan di bawah:

eHousemen

eDentist

ePharmacist